Pengertian hadas kecil
Arti hadas kecil menurut istilah syara’ ialah sesuatu kotoran yang maknawi (tidak dapat dilihat dengan mata kasar), yang berada pada anggota wudhu’, yang menegah ia dari melakukan solat atau amal ibadah seumpama solat, selama tidak diberi kelonggaran oleh syara’. Hadas kecil ini tidak akan terhapus melainkan dengan mengambil wudhu’ yang sah. Selama mana seseorang itu dapat mengekalkan wudhu’nya, maka selama itu ia bersih dari hadas kecil. Sebabnya dinamakan hadas kecil ialah kerana kawasan yang didiami oleh hadas kecil ini kecil sahaja iaitu sekadar anggota wudhu’.
- Wudhu’ seseorang itu akan terbatal dengan salah satu dari 5 sebab berikut;
- Keluar sesuatu dari 2 jalan iaitu qubul atau dubur seperti kencing, berak atau buang angin (kentut).
- Hilang akal dengan sebab gila atau mabuk atau sakit.
- Tidur nyenyak, kecuali tidur orang yang duduk, yang tetap kedua papan punggungnya.
- Bersentuh kulit lelaki dan kulit perempuan yang halal berkahwin dengan tidak berlapik dan keduanya telah dewasa.
- Menyentuh qubul atau dubur manusia dengan tapak tangan tidak berlapik walaupun qubul atau duburnya sendiri.
1. Mendirikan solat, sama ada yang fardhu atau yang sunat.
2. Tawaf, sama ada yang fardhu atau yang sunat.
3. Menyentuh Al-Qur’an atau menanggungnya.
Rukun mengambil wudhu’ ada 6 perkara iaitu;
1. Niat berwudlu
2. Membasuh muka
3. Membasuh kedua tangan sampai siku-siku
4. Mengusap rambut
5. Membasuh kaki sampai mata kaki
6. Tertib
1. Bersugi – menggosok gigi.
2. Mengadap kiblat.
3. Membaca Basmalah.
4. Membasuh dua tapak tangan hingga ke pergelangannya.
5. Berkumur-kumur.
6. Memasukkan air ke hidung dan menghembuskannya keluar.
7. Menyapu seluruh kepala.
8. Menyapu kedua telinga luar dan dalam.
9. Menyelat-nyelat janggut yang lebat.
10. Menyelat-nyelat anak jari tangan dan kaki.
11. Mendahulukan yang kanan dari yang kiri.
12. Meniga-nigakan basuh dan sapu pada anggota-anggota wudhu’ yang telah disapu dan dibasuh.
13. Mualat (berturut-turut), tidak diselangi oleh perceraian masa yang lama antara satu anggota dengan anggota yang lain.
14. Membaca doa selepas wudhu’ disempurnakan.
Posting Komentar